Isnin, 12 Mac 2012

Antara CINTA,SAYANG,SUKA dan MINAT


CINTA
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita.Segala apa yang kita buat,kalau boleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia.Kita akan sentiasa fikir tentang dia =)
{ Cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi.Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas walaupun si dia hanya buat tak tahu sahaja }

SAYANG
Kita mahukan dia dimasa kita perlukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita.Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang sudi menjadi TELINGA kita =)
{ Sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masanya untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita }

SUKA
Kita sukakan dia kerana dia kelakar.Dia happy-go-lucky.Bila bersama dengan dia kita terasa nak gelak sampai pecah perut.Tapi kita tak lah rindu sangat kat dia bila tidak berjumpa seminggu lebih =)
{ Suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak untuk kita dan orang yang sentiasa buat kita bahagia }

MINAT
Ada sesuatu pada dirinya yang buat kita tertarik dan mahu mendekatinya.
{ Minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat ,peribadi atau barang yang buat kita tertarik }


p/s : apa yang pasti sebelum kita temui cinta,kita pasti akan lalui perasaan minat,suka dan sayang terlebih dahulu =)

2 ulasan:

  1. tak jugak. kalau kita dah temui cinta dulu before suka dan minat acane. dulu tak suka langsung tp cinta tu dtg sendiri dan kita pun jatuh cinta .. auww gedik..sorry merepek jap :P

    BalasPadam
  2. kan..betul jugak..tapi boleh ke cinta hadir tanpa perasaan minat,suka dan sayang tu..hurmmm...pening2,....hehehe

    BalasPadam